Pengorbanan seorang bapa
Kasih Seorang Bapa
Hujan semakin lebat, angin bertiup kencang.
Di langit, kilat petir memanah kebumi.
Seorang bapa dan anak perempuannya basah kuyup menuju ke arah sebuah jambatan.
Hujan telah lebat, mereka perlu pulang segera sebelum langit menjadi gelap.
Si bapa melihat anak sungai yang deras dan ganas.
Kemudian dia memandang ke arah jambatan kayu di hadapannya.
Biarpun beberapa batang kayu pada jambatan itu telah kopak dan reput,
mereka perlu melintasinya. Tiada jalan lain.
Si bapa memandang anak perempuannya yang sedang menggigil kesejukan.
“Sayang…” kata si bapa, “Pegang tangan ayah kuat-kuat.”
Jawab si anak, “Tak mahu! Ayah yang kena pegang tangan saya kuat-kuat!”
Si bapa terdiam. “Ahh.. kan sama saja tu.”
“Tak sama, ayah…” Jawab si anak, “ Kalau saya pegang tangan ayah dan
terjadi apa-apa pada saya, saya mungkin akan terlepas tangan ayah.
Tapi kalau ayah yang pegang, saya tahu walau apapun yang terjadi,
ayah takkan lepaskan tangan saya…”

Ulasan
Catat Ulasan